Ihtifal ASEAN 2018 !!!

Assalamualaikum semua!

Sebabkan terlalu lama cik hanim tak post apa-apa, harini kita tak mahu cakap panjang. (Yeke? tengok-tengok nanti penuh 1 page, hehe)

Harap-harapnya awak semua baca dalam keadaan sihat wal-afiat ya :)

Cik Hanim sebenarnya seorang pelajar jurusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan di UIA, Gombak.
Itu yang nak cerita sedikit, (sikit je janji tak banyak) pasal pengalaman cik hanim 
menjadi salah seorang peserta Debat Bahasa Arab di Ihtifal ASEAN yang diadakan di USIM hujung bulan March 2018 baru-baru ini.

Alhamdulillah, tahun ini, cik hanim tak berada dalam keadaan stress melampau seperti tahun lepas di mana air mata dan pening kepala sentiasa mengiringi aku sepanjang tournament.
Tahun ini, kita lebih santai dalam pada masa yang sama, masing-masing sedar benda ni tak boleh main-main. Serius dalam santai. Haa, macam mana tuu? 

Sebenarnya, nak tahu rahsia sebenar tak korang? Sebelumni aku mana tahu cakap bahasa arab.
Ya Allah, yang aku tahu cakap bahasa korea, bahasa ibunda aku. (cewah, gurau je, jgn kecam sis)
Tapi, lepas aku balik dari Jordan, ikuti program Ana Arabiy selama 3 bulan, aku terus jadi boleh bercakap Arab. Pada mulanya pun tak fasih. Aku try-try lah cakap Arab dengan lecturer Arab dekat UIA, yang banyak membantu aku dulu Ustazah Reem (beliau dah pulang ke Jordan forever)
Moga Allah berkati dan rahmati Ustazah yang banyak membantu saya semasa saya susah dahulu termasuk lah pernah menghadiahkan saya laptop :')

Mula-mula pun aku gagap, grammar lari. Tapi, aku tk putus asa, aku try lagi. aku cuba, cuba dan cuba. Aku berborak dengan lecturer arab aku di UIA, ustaz yang ajar aku Arab Level 6 dulu. Allahu, maaf ustaz tak ingat nama :') tapi sampai sekarang saya masih ingat jasa baik ustaz bagi buku-buku latihan secara percuma pada saya. Moga Allah rahmati dan berkati ustaz selalu. Beliau org Sudan dan sangatlah lembut dan baik dengan pelajarnya. 

Kemudian, bila aku masuk UIA Gombak, aku cuba cari kawan-kawan Arab. Korang pun carilah kawan Arab, pasti akan jumpa punya dekat ceruk UIA ni. Tapi bila dah jumpa seorang jangan cakap English pulak, try lah cakap bahasa Arab :)

Lepas aku dah join debat bahasa arab ni, Alhamdulillah aku dapat praktiskan lagi bahasa Arab aku. Yelah, belajar bahasa arab di negara asing (maksudnya bukan negara Arab), suasana semua cakap bahasa ibunda atau bahasa inggeris. Bila masa sahaja pelajar-pelajar jurusan Arab ni dapat betul-betul mempraktikkan bahasa Arab yang mereka pelajari secara teori? Jadi, ini adalah sebabnya aku join kelab debat bahasa Arab. Aku tak tahu mana lagi platform yang sesuai untuk aku praktiskan ilmu bahasa arab yang aku pelajari ni. Ini sahaja yang aku temui di UIA selain perbanyakkan kawan-kawan Arab dan rapat dengan lecturers Arab atau pun berborak dengan lecturers Melayu yang ajar Arab dalam bahasa Arab. Sebab kadangkala ada lecturers Melayu yang ajar Arab ni borak dengan kita kat luar kelas dalam bahasa Melayu. Cuba je minta kat dia nak borak dalam bahasa Arab, cakap awak nak improve bahasa awak. Insyallah dia akan layan dan bantu. Baik-baik belaka lecturers jurusan Bahasa Arab di UIA ni.

Tahun ni, walaupun my team tak lepas ke Quarter Final sebab ranking kami yang ke 10 dari 24. Tapi, Alhamdulillah, aku rasa banyak sangat perubahan dari segi bahasa dan performance masa berdebat pada diri aku sendiri. Dan aku pasti kawan-kawan debat aku yang lain juga rasa begitu, insyallah. 

So, nak share beberapa gambar kami di USIM harituuu :


Hi semua! Inilah muka aku bila berdebat. 



With Johan Debat Asean 2018 !!


Both Teams UIA :)


Team UIA vs Team Unisza



(Ustazah Ainon berbaju merah - murabbiku semasa di Jordan)



My team, thank you guys and sorry tooo!

Thats all for today, Assalamualaikum !

Comments

Popular Posts