Mahallah kita bersama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semalam bersamaan dengan 4 September aku baru masuk daftar di Mahallah Halimah, asrama baru aku bagi semester ni sebab Mahallah yang aku stay masa sem lepas tu sementara je (mahallah utk budak asasi).
Mula-mula tu memang aku ada plan nak sebilik dengan member yang aku kenal dan satu course dengan aku, senang sikit nak buat kerja boleh rujuk depa kan. Tapi, sebab aku ada kenduri tengahari tu dan tak nak lah menyusahkan mak ayah aku rushing kalau hantar pagi. So, memang lambat aku sampai mahallah nak daftar. Pukul 4.30 baru aku ambil nombor dan Alhamdulillah takde kene beratur panjang pun sebab orang dah tak ramai aku terus daftar.
Aku pun tak tau memang rezeki aku lah walaupun datang lambat dapat tingkat 1, level bawah sekali aih. Ada kosong satu compartment dalam bilik ni. Dapat pulak Blok D yang dekat dengan jalan shortcut yang terus tembus Female Sport Complex (FSC) boleh terus sampai Kulliyyah aku. Alhamdulillah sangat-sangat, memang rezeki aku Allah bagi.
Dan yang paling aku bersyukur sangat, maklumlah tengah hujan aku menulis, rasa bersyukur pada Allah tu jadi membuak-buak pula walhal pada mula aku dapat tahu aku duduk Mahallah Halimah, aku komplen juga tu sebab jauh dari Kuliyyah. Ha, berbalik kepada part yang aku paling bersyukur tadi, roommates aku semua Alhamdulillah baik dan peramah belaka. Yelah, aku mula-mula tu nebes gak wei, (hmm, orang cool pun nebes gak jumpa kawan baru k), sebab depa dah kenal antara satu sama lain, aku takut kena palau je, tapi Alhamdulillah memang rezeki aku dapat rumet yang comei-comei lake perangainya lagi best yang suka melayan mulut celoteh aku ni. Ihiks,
Tapi dekat UIA ni boleh je nak apply tukar bilik dan mahallah kalau tak selesa dengan tempat korang stay sekarang. Biasanya seminggu selepas register nanti Mahallah Office (MO) akan keluarkan form utk change Mahallah. So, benda macam ni korang perlu alert jelah. Selalu usha Pejabat MO ke, selalu usha FB Mahallah masing-masing.
Itu jelah aku nak cerita, a warm sharing in this heavy rain right now. Hehe. Dekat UIA ni macam area hutan sikit, kalau hujan memang sejuknya mak aih Allah je yang tahu.
Salam sayang dan perkenalan :)
Comments