Kem Qiyadi YADIM Selangor 2015
Assalamualaikum semua,
Harini aku nak share pengalaman semasa aku mengikuti Kem Qiyadi anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) dan Kementerian Belia dan Sukan Peringkat Negeri Selangor 2015. Okay panjang pula nama program. Program ni aku pergi 23-25 Oktober so baru minggu lepas la kiranya di Kompleks Rakan Muda Sementa, Klang. Disebabkan program ni ditanggung sepenuhnya oleh KBS so kami peserta tak perlu bayar sesen pun. Kami tak bayar walau satu sen pun dah dapat tinggal di asrama yang selesa, makan 6 kali sehari, guna dewan beraircond dan guna kemudahan yang ada dalam kompleks tu secara percuma. Alhamdulillah sangat aku diberi peluang untuk join program ni. Aku ni walaupun untuk join aktiviti bermanfaat, duit tetap berkira. Bukan kedekut nak keluar tapi berhati-hati nak keluarkan tu sebab aku ni bukan dari keluarga yang berada.
Hari Jumaat - 23 Oktober
Kem Qiyadi ni mengumpulkan dalam lebih kurang 80 orang pelajar daripada UPSI, USIM, UIA, UPM, UM, UniKL. Jadi, kami bertolak ikut u masing-masing. Sis Ian, Sahabat Yadim UIA Gombak meminta kami SY UIA berkumpul dia tangga retorik UIA sebelum pukul 3 ptg. Aku bertolak dari rumah dalam pukul 1 ptg dan singgah solat zuhur dan beli makanan di KL Sentral. Di KL Sentral, aku dan besfriend aku sejak form 2 lagi, Izzati berjumpa dan bertolak sama-sama ke LRT Gombak. Kami jangkakan sempat sampai sebelum pukul 3 ptg tapi sangkaan kami meleset. Kami sampai di LRT Gombak dalam pukul 3.15 ptg macamtu. Awal-awal lagi dah tunjuk bad attitude kan? Okay, takpe. Tapi yang segannya bila Sis Ian cakap nanti bas UIA datang terus ke LRT Gombak nak jemput kami. So kami tak perlu ambil bas rapid untuk ke UIA. Aku nak sedapkan hati aku dengan Izzati aku cakap lah lagi senang kot kalau bas terus ambil kita kat lrt ni daripada nak kena tunggu kita entah berapa lama lagi nak sampai UIA. Lepas jemput kita dah boleh terus bertolak. Kan? Aku positifkan diri macam tu je tapi bila naik bas tu jangan positif sangat sampai rasa diri tu tak bersalah. Kami masih tetap beri salam pada pakcik driver bas dan minta maaf padanya dan PIC Sahabat Yadim CFS. Dalam bas, aku dan izzati tak tidur sebab terlalu rancak berborak. Biasalah kami kalau berjumpa semua isu nak diborakkan, daripada perkahwinan sampailah politik. Kami sampai di Kompleks Rakan Muda tu dalam pukul 5 ptg kalau tak silap. SY UIA semua terus menuju bilik masing-masing dan menyiapkan diri. Lepas minum petang kami terus pergi ke dewan untuk aktiviti Ice Breaking. Dalam mana-mana program pun pembahagian kumpulan mesti tersenarai dalam aktiviti pertama perlu dibuat. Kami dibahagikan kumpulan secara random(setiap individu sebut no 1-6) dan dalam setiap kumpulan mestilah kene campur universiti. Aktiviti dalam kumpulan pada hari Jumaat tak banyak pun. Hari pertama kan. Kami hanya perlu bertaaruf macam biasa. Bawah sesi taaruf kami ada dua aktiviti berbeza konon untuk lebih rapat lah kiranya. First, aktiviti tukar barang sambil mata ditutup lalu kita kena teka barang siapa yang ada di tangan kita. Second, aktiviti menulis nama ahli kumpulan berdasarkan soalan yang dibaca oleh fasi atas kertas yang dibentuk menjadi kipas. Contoh soalan : "Kalau anda ingin mengembara, siapakah dalam kalangan ahli kumpulan ni yang akan anda pilih sebagai peneman?" Memandangkan kami semua baru berkenalan jadi aktiviti ini lebih kepada tanggapan pandang pertama kita. Kita tengok orang ni nampak seperti bertanggungjawab, yang ni seperti beramanah orangnya dan macam-macam lagi. Tapi pengajaran daripada aktiviti ini adalah, tanggapan pada pandangan atau perkenalan pertama tak selalunya betul. Lepas sesi taaruf, kami perlu bergambar sekumpulan bagi pertandingan poster terbaik. Hari pertama kami dah terus rapat sebab masing-masing memang sempoi lah. Oh lupa nak kenalkan, nama kumpulan aku Tabassam. Aku dan izzati tak sama kumpulan.
Hari Sabtu -24 Oktober
Harini memang hari aku menjadi hamba yang soleh sangat aku rasa. Pagi tu kami mulakan dengan qiamullail. Aku bangun awal sebab aku dikejutkan awal oleh senior bilik aku. Budak-budak UPSI semua memang jenis bangun awal. Ok,bakal cikgu mestilah berdisiplin. Usai qiamullail dan solat subuh berjemaah, kami ada slot forum Alquran vs Facebook. Masa ni Kak Adilah volunteer kot nak jadi ahli panel kedua. Thumbs up lah kak dila ! Ahli panel pertama dah lama ada kat depan, Pokpa, peserta paling senior lah aku rasa. Umur dia 24 tahun. Pengerusi Abg Yus. Pengisian memang menarik dan Kak Dila memang hebat lah. Walaupun spontan, isi tetap padat. Habis je forum, kami terus pergi beriadah. Mula-mula tu malas juga aku nak beriadah. Aku mana pernah dah beriadah sekarang. Tapi bila aku dah rasa seronok gerakkan badan ikut rentak lagu, jadi semangat pulak. Kitorang beraerobik kot. Tak sempat pulak aku bergambar masa ni. Usai senaman macam biasalah, kami akan bersiap nak ke dewan. Dewan nilah tempat di mana 90% aktiviti kami dijalankan. Latihan Dalam Firqah(LDF) yang kami lakukan pada hari sabtu pagi hingga petang sabtu ada dua je tak banyak. LDF 2 - bina bangunan pakai straw. Aku rasa aktiviti ni hampir semua program aku pergi mesti ada. Setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan seplastik straw. Memang tak banyak. Untuk dapatkan straw tambahan, kami perlu menjawab soalan daripada Ustaz Husnaini, Ketua Kem Qiyadi. Kebanyakan soalan semua soalan basic bagi orang Islam tapi kami ada juga yang kami tak dapat jawab dengan lancar. Antaranya soalan yang dilemparkan seperti rukun iman, rukun islam, nama isteri-isteri nabi dan nama-nama khalifah. Itu satu lesson yang Ustaz Hus tegur kami. Kalau nak jadi daie ni ilmu asas tentang agama Islam tu kamu mesti tahu dulu. LDF 3 - kami diminta untuk melukis gambar. Orang pertama wakil kumpulan akan melukis apa yang dia lihat dari gambar yang diberi oleh fasi. Dan orang kedua akan melukis apa yang dia lihat dari lukisan orang pertama. Dan seterusnya. Kumpulan kami paling kelakar lah rasanya. Abang fasi yang jaga kumpulan kami asyik gelak je. Cakap "semua tak pandai lukis". Daripada kuda, gambar last kumpulan kami adalah kura-kura. Kelakar kan? Lesson yang kami dapat daripada aktiviti ni adalah sedangkan melalui lukisan atau tulisan pun sesuatu berita itu boleh berubah dan tidak sahih jika makin bertambah orang yang menyampaikannya inikan pula melalui lisan. Jadi, bila kita dapat berita daripada seseorang pastikan dulu kesahihannya jangan terus percaya. Sepatutnya ada lagi LDF tapi tak sempat memandangkan dah masuk asar. Lepas solat asar, kami ada explorace. Aktiviti dalam explorace nilah yang merapatkan lagi ukhuwah kami satu kumpulan. Sepatutnya setiap kumpulan perlu menyiapkan 6 checkpoint tapi Tabassam hanya sempat menyiapkan 4 checkpoint. Lepas hint pertama diberi iaitu "Tempat berteduh" kami terus berlari ke satu-satunya pondok yang ada di Kompleks itu. Walaupun sebenarnya tempat yang kami pergi salah tapi boleh la diterima sebab sebelah je dengan checkpoint sebenar. Dewan serbaguna terbuka adalah checkpoint pertama kami. Di sini kami diberi tugasan untuk membina bangunan daripada sijil-sijil. Kami perlu jadi sekreatif yang mungkin supaya bangunan itu kukuh. Kemudian kami diberi hint kedua iaitu "nampak muda bila beradu". Jeng jeng jeng. Susah kan hint dia tapi sebenarnya senang je kalau anda dibantu oleh akak fasi. Okay, kami terus berlari ke checkpoint kedua di asrama Sri Muda. Disini kami diminta untuk menyambung segala benda yang ada pada kami masa tu dalam kotak maze yang Abg Riz dah siapkan. Masa ni semua orang berkorban apa yang ada. Kasut, pen, tali kasut, stokin, kertas dan jam. Memang seronok tapi kami banyak habiskan masa kat sini.
Then, lepas dapat hint ketiga kami terus berlari ke checkpoint seterusnya di mana abg fasi kami yang jaga checkpoint ni. Yayy! Okay cukup cukup. Abg mim arahkan kami untuk menutup mata masing-masing dengan kain yang disediakan. Di sini, kami perlu berjalan atas trek dengan mata yang ditutup kain sambil mendengar arahan daripada si penunjuk jalan. Lama aku rasa masa habis kat sini sebab setiap orang kene jalan dalam keadaan mata tertutup dan hanya ikut arahan orang je. "ke kiri sikit" "terus terus" "lari" Aku sebenarnya tak dengar arahan pun takpe sebab mata aku nampak je jalan. Bukan menipu, aku dah double kan dah kain tu tapi tetap nampak juga nak buat macam mana kan. Orang dah bermata empat ni. Lepastu kami diberi hint terakhir kami, sebenarnya bukan terakhir untuk explorace tapi banyak tu je yang sempat kami siapkan. Di checkpoint 4, kami diminta untuk lagi sekali tutup mata masing-masing tapi tak pakai apa-apa. Semua kena jujur. Amirul menjadi pemandu arah dan pemberi arahan kami. Yang ni paling menarik lah bagi aku. Kami perlu pegang 13 cabang tali yang diikat pada satu marker dan berjalan dalam keadaan mata tertutup. Kami hanya mendengar arahan daripada Amirul nak berjalan ke arah mana dan misi kami sebenarnya masukkan marker tu ke dalam botol plastik. Unfortunately, we didn't make it. Sipi-sipi je lagi. Lesson daripada aktiviti ni, kita kena percaya dengan ketua yang kita dah pilih. Bila dah percaya dengar dan ikut cakap ketua kita sahaja(yang maksiat janganlah ikut). Amirul tu kami satu kumpulan yang pilih sebagai orang yang paling kami percayai. Habis je aktiviti yang ni maghrib pun masuk.
Habis solat maghrib dan isyak, kami ada LDF lagi pada waktu malam. Malam tu LDF memang sangat menarik. Kami perlu berdebat ala parlimen antara kumpulan tentang isu Anak Luar Nikah, Salah Siapa? Aku tak banyak bercakap pun. Yang banyak bercakap, wakil Tabassam adalah Amirul. Takpe, kita bagi can lah orang lelaki. Kumpulan lain wakil semuanya perempuan je kan. Kalau lelaki berdebat tenang sikit. Tabassam memilih masyarakat yang patut dipersalahkan atas isu anak luar nikah. Pada pendapat peribadi aku, bila masalah sosial macam ni berlaku, perkara yang perlu didebatkan bukanlah untuk mencari siapa salah siapa yang patut dihukum blabla tapi apa penyelesaiannya? Sebab aku percaya setiap pihak ada peranan penting dalam isu keruntuhan akhlak orang Islam. Tapi apa yang aku paling percaya kerajaan mainkan peranan utama pada akhir zaman ni. Sebab Yahudi memang nak musnahkan orang Islam dengan mencucukkan jarum porno, ikhtilat dan aurat melalui media sosial. Jadi, siapa yang ada kuasa bagi menghalang maksiat daripada berleluasa di media sosial? Lepas aktiviti debat, kami ada slot Muhasabah sebentar dan prank birthday peserta yang lahir pada bulan 10. Sanah helwah Fahmi! Dia ahli Tabassam.
Hari Ahad - 25 Oktober
Pagi ni macam biasa kami solat subuh berjemaah dan ada slot sharing 'From Zero to Hero' dalam kumpulan. Beberapa orang je yang sempat share kisah mereka sebab masa yang diberi hanya setengah jam. Kemudian, kami ada aktiviti aerobik yang terakhir kami. Memang seronok lah sebab aku dah lama tak exercise kan. Otot terasa tegang bila habis aerobik. Usai aerobik kami bersiap dan terus berkumpul di dewan untuk aktiviti LDF yang terakhir kami. Kali ini, kami diminta untuk menyapu jem yang berlainan warna dan perisa mengikut orang sebelum kami buat. Habis aktiviti yang ni, kami diminta untuk duduk dalam kelompok universiti masing-masing. Ada seorang brother ni terangkan pasal YADIM dan jawab setiap soalan yang ditujukan oleh para peserta. Kemudian, dalam mana-mana program mesti ada acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah. Takpe Tabassam, walaupun tak menang, kita tetap terbaik! Kemudian semua peserta YADIM bergambar beramai-ramai. Lepas solat zuhur, kami pulang ke tempat asal. Selamat tinggal Kem Qiyadi.
Lots of love from me to Qiyadi :)
Comments