Pahit di awalnya

Assalamualaikum semua :)

Sudah lama rasanya tidak bermadah dalam bahasa tanah tumpahnya darahku ini.
Nak kata aku lupa daratan? Tidak sesekali. Hanya seorang pendahaga ilmu yang masih
lemas dalam bahasa penjajah dan bahasa syurga.

Setiap jiwa di dunia tidak dapat lari daripada ujian. Kita tak boleh mengaku kita
sudah beriman selagi kita belum diuji. Maka, Allah datangkan ujian kepada
manusia dalam berbagai bentuk. Dan setiap dari kita ditimpa ujian yang berbeza.
Jadi, jangan pernah mengaku bahawa ujian kita adalah ujian yang paling berat
sekali kerana ujian kita tidak sama. Keadaan setiap manusia tidak sama.
Tapi yakinlah bahawa Allah hanya uji apa yang kita mampu.

Dan dalam setiap ujian, kita perlu bermujahadah. Mujahadah di sini melalui ujian
dengan sabar dan jayanya. Tidak putus asa. Mujahadah nafsu bukan satu perkara yang mudah kerana ia adalah pekerjaan hati. Tiada siapa yang mampu menolong kita
berjaya dalam mujahadah nafsu melainkan diri kita sendiri dan Allah.

Saya bagi satu contoh. Dalam hidup sebagai remaja, kita tidak dapat lari daripada
timbulnya perasaan suka atau sayang kepada orang yang boleh kita nikahi. Namun, 
adakah masa itu sesuai untuk menyukai seseorang? Tidak salah suka atau cinta kerana
itu fitrah. Tapi harus pandai mengurus dan mengawal perasaan itu supaya kita tidak
tersalah langkah. Mungkin nikah awal dan zina. Saya tidak kata nikah awal itu satu 
masalah tapi yang menjadi isunya sekarang apabila lelaki dan wanita bernikah semasa masih belajar dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab dalam rumah tangga dengan sempurna. Seluar dalam pun ibu ayah masih belikan. 

Kita rujuk dan susun balik الأولويات yakni apa yang lebih utama didahulukan, yang kurang penting dilambatkan. Benda ini sangat penting dalam menyusun dan mengatur masa depan kita. Benda ni sangat penting supaya kita tidak tersalah langkah dalam membuat keputusan, mendahulukan yang tidak penting dan melambatkan perkara yang sangat penting.

Jadi, apabila timbul perasaan suka pada masa yang tidak sesuai, masih belajar di universiti contohnya, apa harus kita buat? Mujahadah nafsu! 
Laluan ini tidak mudah ya. Penuh liku dan pahit sekali. Tapi inshaaAllah kita boleh. Banyakkan minta pertolongan dari Allah dengan berdoa, solat dan puasa. Dalam masa yang sama, gunakan kreativiti akal anda dalam mengawal nafsu. Sebagai contoh : Disebabkan anda suka orang itu kerana dia baik dan anda yakin dia mampu tarbiyah anda apabila bernikah. Jadi sentiasa fikir bahawa:
 "Aku ini pendosa. Tidak sesuai untuk insan seperti malaikat."

 Atau saya bagi satu keadaan yang remaja zaman sekarang sering alami iaitu ketagihan menonton video seks. Apabila buka internet/phone/laptop, sentiasa pastikan pintu bilik anda terbuka. Jangan buka internet apabila anda seorang diri di rumah atau di sesuatu tempat. Jangan buka internet lebih daripada 11 atau 12 malam. Diringi dengan doa pada allah, inshaaallah segala usaha mujahadah nafsu akan berjaya. Tidak akan sia-sia. 

Memang jalan mujahadah nafsu itu pahit sekali tapi penghujungnya sangat manis. Bersabarlah duhai diri dan jiwa. Allah sentiasa ada bersamamu :)

Comments

Popular Posts