Mat Luthfi

Assalamualaikum semua,

Kaifahalukum al-an? Apa khabar sekarang? How are you now?

Ceh, tiba-tiba nak speaking banyak bahasa pulak.

'Pahal minah ni?' Akulah minah tu. Sebenarnya topik harini nak habaq 

pasai mat luthfi. Hampa mesti kenai kan mat luthfi?

Alaaa....yang femes dengan video video lawak tak berapa lawak dia tu

Tapi yang penting bermesej . Ok, salute bro luthfi.

Pasaipa aku tak panggil dia bro mat padahal orang dok berteghiak

"Mat! Mat ! We love you!" Takdak ah, part we love you tu aku goreng je.

Sebab dalam bahasa arab ejaan mat adalah mim alif ta yang 

bermaksud mati. Tak mau aku doa dia mati. Tapi memang kita semua

pasti akan mati. Itu tak leh deny lah. Cerita dia camni,

kalau tak silap aku 21 Disember yang lalu aku dengan member aku

Alya Awathif( haa, dia ni memang fan Luthfi no 1) , kitorang

pergi PWTC sempena Pesta Buku Malaysia sambil jumpa dengan 

beberapa penulis buku dan juga pendakwah bebas seperti Aiman Azlan,

Ameen Misran and opkos Mat Luthfi. Masha Allah, dapat dengaq depa

share sesuatu ilmu secara live memang best lah. Memang terkesan kat jiwa.

Time tu jelah, balik rumah jadi setan balik. *gelakiblis

Nauzubillah, hampa jangan ikut perangai aku. Jumpa Luthfi dan dua 

lagi penulis memang satu inspirasi yang cukup hebat buat aku lah,

Mereka buat aku yakin bahawa berdakwah ni bukan kerja ustaz ustazah

atau budak jurusan agama sahaja tapi kerja kita semua.

Tugas kita semua untuk amar maaruf nahi mungkar walaupun 

pada diri sendiri. Hampa cuba dulu kat diri hampa.

Macam bila hampa rasa malas nak beribadah cuba bercakap kat diri 

tu "Hanim, bila lagi kau nak baca al-quran? Dah 2 hari kau tinggal?"

Contoh kedua bila terasa nak buat jahat "Hanim, jangan buat. Inni akhafullah.

Ingat malaikat kiri kanan dan Allah yang sentiasa melihat."

Hampa cuba dulu baru tahu feel lepaih buat tu camane. Syok wa cakaq lu

dapat berdakwah kat diri sendiri. Lepas tu kita berdakwah dekat orang tersekat pulak.

Bukan tersekat. Terdekat. Macam family, member, roommate, classmate.

Tak payah nak guna ayat skema or panjang lebar. Guna something simple

tapi kita mengajak. Contoh macam "Jom solat?"

Okay, apa pun dalam dakwah ni jangan pernah putus asa. 

Cuba hampa contohi Rasulullah, walaupun setelah dihina dibaling najis

baginda masih tak putus asa untuk berdakwah. Tapi kita baru kene psycho 

sikit dah lemah. Minta tolong pada Allah selalu, berdoa dan tawakkal.

Sebenarnya aku nak share sikit gambaq aku dekat PWTC sana tapi

masih dalam phone and phone aku tak sihat dah 2 hari dah.

Belum bawa pi jumpa doktor lagi. Kesian, doakan henfon aku sembuh nah.


Comments

Popular Posts