Comeback :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sudah terlalu lama ana tak update blog ni. Maklumlah, ana sibuk sikit di Jordan.
Eh bukan sikit tapi banyak. Hehe. Sebenarnya terlalu banyak pengalaman yang ana ingin
share sepanjang ana menimba ilmu di Jordan. Ana ingin sekali berkongsi gambar dengan antum semua 
tapi gambar yang ada pada laptop ana ni tak banyak. Kebanyakannya ada pada kawan ana. 
In shaa Allah, one day ana akan kongsi semua gambar ana dan sahabat ana ketika di Jordan.

Kalau nak bercerita tentang pengalaman di Jordan selama 4 bulan, seminggu pun tak
cukup untuk ana cerita. Tapi ana hanya ingin menulis beberapa pengajaran yang 
ana dapat sepanjang ana berada di Jordan sama ada daripada pengalaman ana sendiri atau
sahabat ana yang kita boleh jadikan sebagai tauladan.

1.Berhati-hatilah dalam memilih sahabat

Dalam hidup kita di dunia ni, tak lengkap tanpa ukhuwah sesama manusia. 'Hablum minallah hablum minannas'. Right? Untuk berdakwah, untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar(Surah At-Taubah ayat 71)
kita mestilah ada hubungan yang baik sesama manusia.
Tapi, dalam bersahabat kita mestilah pandai mencari sahabat.
Antara ciri-ciri sahabat yang baik ialah :
  • Sahabat yang boleh membimbing kita kepada mengingati Allah sentiasa 
  • Sahabat yang sentiasa bersama dengan kita di saat kita senang dan susah
  • Sahabat yang berani menegur kesalahan kita dengan berhikmah dan lemah lembut
  • Sahabat yang tidak membuka aib kita kepada orang lain
  • Sahabat yang tidak talam dua muka. Depan baik, belakang kutuk bukan main
  • Sahabat yang sentiasa memberi kita semangat untuk menimba ilmu
  • Sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan sahabatnya
Untuk memperoleh sahabat yang baik seperti ciri-ciri di atas, kita dulu mestilah mempunyai ciri-ciri
sahabat yang baik. In shaa Allah, hidup akan lebih indah jika kita menjadi sahabat yang baik
dan dikurnai Allah sahabat yang baik :)

  2.Niat Menuntut Ilmu

"انما الأعمال بانيات"
Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Terdapat hadis sohih tentang 
perkara ini. Jadi, ana ingin mengingatkan diri ana dan antum semua tentang
niat kita sambung belajar.Niat kita menuntut ilmu hingga ke menara gading.
Adakah bertujuan untuk:-
1. Mendapat penghormatan dan perhatian dari manusia?
2.Atau adakah ingin mendapat kesenangan dan kemewahan di dunia yang bersifat
sementara ini? 
3.Atau adakah bertujuan untuk menuntut ilmu Allah ikhlas kerana
ingin memperoleh redha Allah swt? 

Jom kita renungkan kita dalam golongan yang mana satu?
Jika kita dalam golongan no.1 & 2 marilah kita sama-sama tajdid(perbaharui) niat 
kita. Mengapa kita sambung belajar di u? Bertukarlah kepada no.3
In shaa Allah segala urusan kita dalam menuntut ilmu Allah akan dipermudahkan
oleh Allah swt.

3. Ujian Allah

Sesungguhnya ketahuilah antum semua jika Allah uji kita, itu tandanya Dia masih
sayangkan kita.
Ujian ada dalam 2 bentuk :-
1.Kesenangan
2.Kesusahan
(Surah Al-Anbiya' ayat 35)

Allah ada berpesan dalam kalamNya bahawa hadapilah segala ujian dengan sabar dan solat
Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.Maaf, ana tak ingat
surah apa. In shaa Allah, kita boleh menempuh segala ujian Allah 
jika dihadapi dengan sabar dan solat.

"لا يكلف الله نفسا الا وسعها"

Yang bermaksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Ingat kalam Allah yang ini. In shaa Allah kita pasti boleh menghadapi segala
ujian Allah di dunia ini.

"ألا بذكر الله تطمئن القلوب"

Yang bermaksud: Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati
menjadi tenteram.(Surah Ar-Ra'du ayat 28)

Jadi, dalam menghadapi segala ujian Allah semasa kita sedang berjihad
menuntut ilmu atau jihad dalam menyebarkan dakwah atau dalam apa jua
bentuk ujian sekalipun, ingatlah Allah selalu.In shaa Allah, hati kita tidak 
akan berasa gundah gulana, sedih dan gelisah. 

In shaa Allah, pada masa ini setakat ini sahaja yang ingin ana kongsikan. 
In shaa Allah,ana akan sambung pada masa hadapan.

Tegurlah ana jika ada salah kerana ana hanyalah manusia biasa yang selalu
melakukan kesalahan. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala
yang buruk itu datangnya dari diri ana sendiri. Wallahua'alam.
Assalamualaikum dan sampai bersua lagi :)




Comments

Popular Posts