Sahabat Hingga Ke Syurga


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ke hadapan sahabat-sahabat handaiku,

Pertama sekali, 
Aku ingin memohon ampun kepada awak semua jika selama
kita bersahabat, aku pernah menyinggung perasaan awak semua
sama ada secara saya sedar atau pun tidak.
Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesalahan.
Ampunkan lah semua kesilapan-kesilapan aku ye.

Kedua,
Terima kasih sangat-sangat kerana selama ni awak semua sudi
bersahabat dengan aku yang serba kekurangan ini.
Terima kasih sangat-sangat kerana sudi berkongsi makanan dengan aku
selama ini.
Terima kasih sangat-sangat kerana sentiasa mendengar luahan perasaan
aku .
Terima kasih sangat kerana sentiasa mengingatkan aku supaya tidak leka
dengan dunia.
Terima kasih sangat-sangat kerana membantu aku menyelesaikan
masalah aku
Terima kasih sangat-sangat kerana sama-sama belajar dengan aku
dan menolong aku dalam pelajaran yang aku tak faham
Dan terima kasih untuk segalanya

Ketiga,
Aku ingin meminta tolong satu hal sahaja dalam persahabatan kita ni,
tolong, jika kau ingin berjalan menuju ke syurga Allah,
jangan lupakan aku,
tolong tarik aku bersamamu.
Tolong ingatkan aku tentang hal akhirat.

Keempat,
Sahabat, andai ini merupakan utusan terakhirku kepada awak semua,
aku mohon tolong doakan aku bahagia di dunia dan akhirat.

Persahabatan kita bukanlah diukur seberapa banyak masa kita luangkan di dunia
tetapi
diukur sebanyak mana awak semua dan aku mengingati nama-nama sahabat
di dalam doa.

Aku harap persahabatan kita kekal hingga ke syurga seperti jalinan
persahabatan antara Rasulullah dengan para sahabat :)


Comments

Popular Posts