Pokok Kehidupan
Assalamualaikum,
Saya tadi berborak dengan nenek tentang orang yang berpuasa
tapi tak bersolat dalam bulan Ramadhan.Saya cakap pahala
tapi tak bersolat dalam bulan Ramadhan.Saya cakap pahala
orang yang begitu ditolak pahala puasanya.Maknanya,
bukan setakat pahala puasa ditolak tetapi dapat dosa juga
kerana meninggalkan solat.Saya cakap simple sahaja.
Tapi,nenek saya bagi perbandingan yang sangat hebat bagi saya
sehingga mampu membuat saya terpukau ternganga(over pulak):
"Mengucap dua kalimah syahadah adalah akar pokok.Solat adalah
batangnya.Berpuasa adalah dahannya.Membayar zakat adalah
ranting-ranting kecilnya. Melakukan ibadah sunat adalah
daun-daunnya.Mengerjakan Haji adalah buahnya. Dan buahnya
itu tidak dapat dirasai kelazatan dan kenikmatannya di
dunia tetapi di akhirat kelak."
Maka,ibadah lain tidak sempurna jika ibadah tunjang seperti
syahadah dan solat tidak sempurna.Kita berpuasa tetapi tidak
solat ibarat pokok yang ada akar sahaja.
Syahadah tidak bererti mengucap dua kalimah syahadah
sahaja.Jika begitu,bagaimana orang bisu,orang pekak,orang
pelat,orang yang tidak tahu berbahasa Arab ingin
mengucap dua kalimah syahadah?
Cuba kita hayati balik apa makna kalimah syahadah
'Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan
nabi Muhammad itu pesuruh Allah.'
Macam mana kita hendak buktikan yang kita 'bersaksi'
sedangkan kita tidak pernah melihat Allah mahupun
Rasulullah? Hakikatnya,kita kena yakin dan percaya
bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu
pesuruh Allah berdasarkan al-quran,as-sunnah dan
logik akal.Bila sudah percaya dan yakin,kita perlu
menghidupkan Allah dan Rasulullah dalam kehidupan kita.
Ramai orang Islam sekarang membuang Allah dan Rasulullah
dalam kehidupan mereka sehingga akhirnya mereka tidak
menemui jalan keluar daripada lubang gelap yang
mereka gali sendiri.Jadi,marilah kita sama-sama
memperbaiki diri di bulan penuh maghrifatullah ini.
Kalau ada yang ingin berkongsi ilmu apalah salahnya
kerana ilmu yang tidak dikongsi ibarat sungai yang tidak
mengalir. Kalau ada salah sana sini mohon ditegur kerana
saya masih seorang pencari ilmu :)
Comments