Murtabak Maggie

Assalamualaikum,

Betul ke macam tu eja 'maggie'? Hahaha. Dah berabad
hidup dengan maggie tapi masih tidak tahu eja maggie
macam mana.By looking at my title post,awak semua mesti
dah dapat agak yang saya nak share resepi murtabak maggie
dengan pencinta-pencinta maggie sekalian :)

Saya belajar buat murtabak maggie ni daripada adik-adik 
lelaki saya. Mereka memang selalu buat murtabak maggie
di asrama so they used to 'murtabak maggie'.
Nothing to be ashamed of jika kita ingin menuntut ilmu
walau perlu belajar daripada orang yang lebih muda 
daripada kita.




Bahan-bahan:

                    1.Paket Maggie seger
                    2.Telur
                    3.Cili api
                    4.Bawang merah 
                    5.Air masak.

Langkah-langkah:

1.Panaskan air dalam dalam cerek/periuk/pemanas air elektrik

2.Rebus/rendam sepaket maggie (maggie sahaja). Jangan terlalu   
  lama sebab nanti ia perlu digoreng.

3.Pecahkan telur dua biji ke dalam mangkuk.

4.Hiris cili api dan bawang besar dan masukkan ke dalam telur 
  yang telah dipecahkan.




5.Masukkan perisa yang terdapat dalam paket maggie segera
  ke dalam telur yang telah dipecahkan.

6.Kacau maggie yang telah lembut,cili api,bawang merah dan
  perisa dengan telur sehingga sebati.

7.Panaskan kuali (jangan terlalu banyak minyak)

8.Masukkan adunan tadi ke dalam kuali.

9.Terserah kepada anda ingin membuat bentuk petak
  atau bulat pada murtabak maggie dan ia perlu
  dibuat semasa murtabak maggie digoreng.

10.Murtabak maggie lebih sedap dimakan dalam keadaan
   garing.


Love from me :)


Murtabak maggie handmade.This is actually my younger brother's handmade.
I just learned the theory from him .Next time,it'll be my handmade :)

Comments

Popular Posts