Kebahagiaan
Assalamualaikum,
Saya bukan nak bagi tips bagaimana nak mengecapi kebahagiaan
dalam hidup yee.Hahaha.Tapi saya ingin berkongsi madah
yang saya rasa amat indah.
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,Dia turunkan
hujan dan kilat,kita tertanya-tanya ke mana perginya
matahari,rupa-rupanya Allah berikan pelangi."
Di sebalik kesedihan pasti akan ada kegembiraan.
Hujan seperti simbolik kepada hati yang sedih.
Pelangi pula simbolik kepada kegembiraan yang
bakal datang.Persoalannya,bila agaknya pelangi akan
muncul dalam hati?
Sebenarnya,pelangi sentiasa ada di sebalik matahari.
Pelangi pun terjadi kerana biasan cahaya matahari
dalam keadaan lembap(selepas hujan).Hanya kita,
antara sabar dengan tidak, antara percaya dengan
tidak bahawa Allah sentiasa memberikan kebahagiaan
kepada setiap hambaNya yang benar-benar cinta akan Dia.
Comments