Kari Ayam Tanpa Santan
Assalamualaikum,
Hari ni saya nak kongsi dengan awak semua resepi kari
tanpa santan. Resepi ini diwarisi,(eceh 'diwarisi' bhahaha)
daripada mak bonda ibu mama Alya Awathif,(maaf tak tahu nama).
Saya belajar buat resepi ni daripada telefon je taw.Hehehe
Bahan:
1.Bawang besar(tadi saya agak-agak je,guna dua biji bawang
merah besar dan sebiji merah kecil)
2.Bawang putih(saya main masuk kan 3 ulas)
3.Halia(dalam separuh ibu jari)
4.Rempah kari(lebihkan sedikit daripada
biasa,kari santan)
5.Gula,Garam
6.Daun kari(tapi tadi saya tak letak sebab
tak sempat nak pergi beli)
7.Halba(Mula-mula saya tak tahu halba ni yang mana,tiba-
tiba ternampak ada paket 'halba campur'.Masuk kan
jelah.Haha)
8.Air asam jawa(saya guna Adabi punya je bukan yang ketul-
ketul tu)
9.Air(kuantiti air bergantung sama ada awak nak kuah yang
pekat atau cair)
Langkah-langkah:
1.Bawang besar,bawang putih dan halia saya blender je.Letak sikit air bila nak blender kalau tak nak blender rosak.Hehe.
2.Saya gaulkan bahan blender tadi dengan rempah kari(saya guna 3 senduk) dan letak tepi.
3.Panaskan kuali atau periuk atau frying pan atau apa sahaja yang boleh guna untuk masak kari.
4.Tumis bahan pada no 2 sehingga rempah kari kelihatan garing.(Saya pun tak berapa nak tahu rempah kari dah garing macam mana,tapi kalau nampak dah lebih merah dan hampir hitam tapi belum hitam lagi daripada warna asal dah garing lah tu)
5.Bila rempah kari dah garing,masukkan ayam dan gaulkan bagi sebati rasa kari dengan ayam.
6.Kemudian,masukkan air asam jawa dan air sedikit demi sedikit.
7.Masukkan halba yang dah ditumbuk kasar dan daun kari.
8.Masak/didihkan lama sedikit bagi sebati rasa dan tutup api.
P/S : Bila dah mendidih,baru masuk air asam jawa.Tapi kalau masak
daging,air asam jawa langkah terakhir sekali.
Hadiah dari saya ;)
Maaf la lebih-lebih pulak letak gambar kari ayam ni.
Excited sebab dah pandai masak kari :)
Ok. Selamat mencuba masak kari.
Comments