Bersederhanalah
Assalamualaikum,
Saya tidak sangka dapat menghabiskan novel 'Musuhku
Suamiku dalam masa lebih kurang sehari sahaja.
Malam semalam mula baca.Tengahari tadi dah habis baca.
Sebelum mula baca tadi,saya ceritakan sedikit sinopsis
novel ini kepada nenek.Ia mengisahkan seorang lelaki dan
perempuan yang merupakan musuh ketat sejak di universiti terpaksa berkahwin atas sebab-sebab tertentu tanpa keinginan
mereka.Lama kelamaan timbul perasaan sayang selama mereka
bersuami isteri.
Itu yang timbul isu bersederhana yang dibangkitkan
oleh nenek saya yang anggun:
"Kalau benci jangan melebih-lebih,takut nanti sayang.
Kalau sayang pun jangan melebih-lebih,takut nanti benci."
Jika kita terlalu sayang akan seseorang
bila insan itu pergi meninggalkan kita buat selama-
lamanya kita akan menjadi tak keruan sehingga
ada yang sanggup membunuh diri.Ingat satu madah ni
ye,kawan-kawan:
'Cintakan bunga,bunga akan layu.Cintakan manusia,manusia
akan mati.Cintakan Allah kekal abadi.'
Konsep yang nenek saya terangkan tadi ialah jangan
terlalu berlebih dan jangan terlalu berkurang.
Contohnya,dalam pemakanan ,jika kita terlebih gula,
kencing manis.Jika terlebih garam,darah tinggi.
Jika terkurang garam dan gula pun ada penyakit.
Dalam pergaulan pun begitu juga,jika kita terlalu
banyak bercakap orang tidak suka akan kita,cakap
mulut becok lah apa lah.Jika kita terlalu kurang
bercakap pun orang akan kata kita ni sombong.
Jadi,bersederhanalah dalam apa-apa perkara sekalipun
sama ada dalam perhubungan hatta pemakanan.
Cuma ada dua perkara yang nenenda saya pesan yang
kita boleh berlebih-lebih iaitu:
1.Berlebih-lebih dalam mencari ilmu
2.Berlebih-lebih dalam beramal ibadah
Sekian sahaja.Sudi-sudilah berkongsi ilmu pengetahuan
awak semua dan tegurlah saya jika saya ada tersalah
mana-mana :D
Comments