hArI 'aRaFaH

Assalamua'laikum..semua!!

korang tahu tak yang hari ini Hari 'Arafah..iaitu pada 9 Zulhijjah dan hari ini merupakan hari yang sangat istimewa buat umat Islam..

Saya nak kongsikan sedikit informasi yang saya tahu tentang hari 'Arafah...Antara kelebihan 9 zulhijjah yang disebutkan dalam hadith-hadith Rasulullah S.A.W :




Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir R.A. bahawa baginda S.A.W bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda S.A.W lagi:
“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)



Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘Alaihi wa Sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, aku mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Berpuasa pada hari Arafah juga membolehkan kita mendapat pahala sekali umrah pada tahun itu walaupun tidak menunaikan ibadah umrah. Oleh itu, bagi umat Islam yang berpuasa pada 9 zulhijjah seolah-olah dia mendapat pahala sama seperti orang yang menunaikan umrah.

Adapun perbezaan pandangan sama ada berpuasa 9 zulhijjah mengikut kota Mekkah ataupun negara sendiri, umat Islam mestilah mengikut kalender hijrah yang telah ditetapkan oleh pemerintah di negara sendiri. Jika dibandingkan dengan Malaysia, Tanah suci Mekkah menyambut Hari Raya Kurban sehari awal. Maknanya pada hari wukuf di Arafah iaitu 9 zulhijjah di Mekkah, di Malaysia masih lagi 8 zulhijjah. Justeru, seafdalnya umat Islam di Malaysia berpuasa sunat Arafah pada keesokannya yakni 9 zulhijjah. Semoga amalah kita ikhlas dan diangkat ke langit tanda kesudian Allah swt menerimanya.

Comments

Popular Posts